Hampir 2/3 daripada jemaah haji dari negara ini melakukan haji Tamattuk. Kerana negara kita jauh dari Makkah, maka kebanyakan jemaah haji datang lebih awal dan lama masa hendak berihram, hingga ke hari Nahar (10 Zulhijjah) yang membolehkan mereka bertahallul awal, selepas melontar jumrah Aqabah. Jika mereka melakukan haji Ifrad, tentulah sangat lama memakai ihram dan terpaksa berpantang-larang yang lama pula.
Umrah ialah qasad mengunjungi Baitullah al-haram dalam keadaan beribadat dengan mengerja-kan tawaf, sa'i dan bergunting (bercukur).
Rukun Umrah :
Rukun Umrah :
1. Berniat Ihram Umrah.
2. Tawaf Kaabah 7 kali keliling.
3. Sa'i di antara Safa dan Marwah sebanyak 7 kali.
4. Bergunting (Tahallul).
5. Tertib.
Wajib Umrah :
1. Niat Ihram di Miqat.
2. Meninggalkan Larangan Ihram.
Haji ialah qasad mengunjungi Baitullah al-ha-ram serta melakukan manasik dengan sifat-sifat yang tertentu pada waktu yang tertentu.
Rukun Haji:
1. Niat.
2. Wukuf di Arafah.
3. Tawaf Baitullah.
4. Sa'i (Safa - Marwah).
5. Tahallul (Bergunting/Bercukur).
6. Tertib pada kebanyakan rukun.
Wajib Haji:
1. Niat di Miqat.
2. Meninggalkan larangan Ihram.
3. Bermalam di Muzdalifah.
4. Melontar Jumrah Aqabah.
5. Bermalam 3 malam di Mina.
6. Melontar ketiga-tiga jumrah pada hari Tasy-rik.
Keterangan :
Erti rukun; sekiranya meninggalkan sesuatu yang rukun, haji atau umrahnya tidak sah (batal) dan terpaksa melakukan amalan itu hingga selesai, walaupun terbatal.
Amalan wajib pula jika tertinggal sah haji atau umrahnya, tetapi diwajibkan dam (fidyah) ke I atas kekurangan itu.
Ulasan :
Haji tidak akan lengkap jika tidak ditunaikan dengan umrahnya sekali. Oleh itu, berikut adalah cara-cara menunaikan jenis-jenis haji yang telah disenaraikan di antara rukun dan wajib serta sunat-nya.
Jenis-jenis Haji :
1. Haji lfrad.
2. Haji Tamattuk.
3. Haji Qiran.
1 comment:
postingan yang bagus tentang Pengertian Tentang Umrah Dan Haji
Post a Comment